Saturday, September 26, 2009

wang hantaran: adakah ia perlu tinggi?


perkahwinan merupakan salah satu perkara yang penting dalam kehidupan.. percintaan yang disalurkan dengan cara perkahwinan boleh mengelakkan perkara negetif seperti penghasilan anak luar nikah, mengakibatkan perhubungan antara manusia runtuh akibat saluran cinta yang tidak betul.. sebelum meneruskan upacara perkahwinan, mereka perlu melalui stage seperti merisik, meminang dan seterusnya bernikah. maka sah lah perhubungan mereka dan jadilah mereka pasangan yang diredhai..


dalam isu perkahwinan, perkara yang paling utama dibincangkan adalah perbelanjaan dari segi makanan, pakaian pengantin dan sebagainya.. selain itu ialah MASKAHWIN dan WANG HANTARAN.


so, apa yang kita akan bincang pada entry kali ini adalah, bagaimana wang hantaran itu boleh capai sehingga rm 10K hingga 100K atau lebih??


apa agaknya pendapat kamu di luar sana? adakah ia bergantung pada tahap "kecantikan" atau "status" atau "pangkat" atau "kesudian"??. jika kita lihat, biasanya, perkara wang hantaran ni banyak menyakitkan kepala lelaki.. so, jika ada wanita atau gadis2 yang baca entry ini (lelaki pon boleh gak) apa pendapat korang? perlu kah wang hantaran begitu tinggi. ada gak bagi wang hantaran tinggi2.. tapi bahagia nya tak.. ada gak yang bahagia..


oleh itu, apa yang patut?


ikhlas


yazidsalikan

Friday, September 25, 2009

korang! nak dapat $6 terus dgn survey??

hye semua! nak dapat duit raya hanya dengan survey tak? korang cuba masuk survey ni.. aku baru daftar.. korang kalau xda kerja nak buat, korang isi la benda-benda ni.. senang je.. agak best la.. korang g la..

Monday, September 21, 2009

..Raja Munirah & Umi Azlin..


hye! adakah anda pernah mengenali kedua2 nama tersebut? agak2 mana korang dapat kenal mereka ini? tidak mengapa.. biar saya kenalkan.. mereka ini merupakan rakyat Malaysia yang ditahan masing-masing di Tokyo dan Guangzhou akibat di syaki terlibat dengan sindiket dadah. Sebenarnya mereka tidak berniat untuk berbuat demikian tetapi mereka ditipu oleh orang lain yang meminta tolong dari mereka berdua untuk membawa beg yang berisi dadah tersebut.
Rakyat Malaysia memang berhati mulia menolong sesama insan.. tapi, bila keadaan ini berlaku, kita kene lebih berhati2 dan mesti sentiasa berwaspada apabila mengenali orang yang baru dikenali.. aku sentiasa berdoa agar mereka berdua ni sentiasa selamat dan sentiasa gembira di sana.. Raja Munirah di tahan di Tokyo dan menerima hukuman selama 7 tahun.. manakala Umi Azlin dihukum penjara seumur hidup.. aku rasa simpati pada mereka berdua.. simpati sangat2.. mereka yang berada di luar sana.. kalau boleh kita anjurkan tabung meminta sumbangan dari kerajaan dan orang ramai agar membantu mereka berdua supaya sentiasa mempunyai makanan yang cukup dan berkhasiat..

p/s : ada gak manusia suka buat dajjal.. doa orang teraniaya sentiasa termakbul.. hati2 kenal orang.. dan jangan baik hati sangat kat orang..

Tuesday, September 15, 2009

kenapa perempuan suka marah2?

hye semua! kali ni aku post tentang perempuan..

korang (lelaki) ada tak gf korang suka marah2 korang? korang pernah terfikir tak kenapa gf korang marah korang?

aku percaya ramai antara korang konfem tak tahan dengan mulut perempuan yang macam laser bila korang buat salah hatta sedikit.. haha..

aku bagi satu situasi;

korang naik motor bersama atau naik kereta bersama.. bila korang terlanggar lubang sedikit, korang tetibe akan terdengar satu kata-kata yang memedihkan hati .. "xnmpak ke lubang depan mata?".. tapi apa korang buat? kalu balas balik, konferm gaduh besar.. betol x? so, terpaksalah korang diam.. haha.. tapi, bile die yang langgar, kita tegur sket, mesti ada 2 benda terjadi, sama ada kene marah balik, atau die ketawa2 manje.. kadang2 kita mesti xtahu macam mane nak atasi benda ni.. adakah kaum hawa sukar untuk difahami oleh kaum adam???

situasi ke-2;

korang jalan2 di shopping complex sbb temankan gf korang g shopping.. bila dah tawaf berjuta kali kat situ, confirm penat kan? so, korang hati2 la.. sebb perempuan boleh jadi marah2 sebb diorang penat.. korang buat lawak bodoh sket, abeslah.. kalau tak perang dunia ke-2 timbul, perang jepun-us yang timbul...so, kita sebagai kaum adam yang walaupun x berapa faham tentang kaum hawa, terpaksalah mengalah.. kita juga tahu bahawa;

hawa ada 9 nafsu dan 1 akal
adam ada 1 nafsu dan 9 akal

so, apa guna 9 akal bagi kaum adam?? terpaksa bersabar dan mengalah bile ada benda2 yang tetibe kaum hawa terikut "nafsu" amarah mereka.. oleh itu, akhir kata.. lelaki kene banyakkan bersabar jika gf atau bini korang telah atau hampir didatangi bulan mengambang.. itu lagi takut tu..

p/s: lelaki mesti tabah hadapi dugaan!

p/s/s: perempuan jangan suka marah.. nanti cepat tua!

Monday, September 14, 2009

..Bf dan Gf..


apa beza antara gf dan bf?

kalau salah seorang dari mereka merajuk, apa pandangan kita? kalau gf, mungkin kite akan pujuk kan? sbb perempuan nampak cumil bile merajuk.. hehe.. kalau bf merajuk, kita nak pujuk tak? haha.. menurut pendapat Dr. fadzilah kamsah, kalau lelaki merajuk, jangan dipujuk, sebab bile makin dipujuk, makin menjadi merajuknye.. kalau gf, kena dipujuk, sebab gf mesti dijaga hatinya..

kalau bf seorang yang sangat cemburu orangnye.. apa pasangannya akan buat bagi menjaga hati bf nye? mesti perkara ini bermain dalam pikiran kaum hawa.. kadang2 dalam pikiran kita, lebih baik berbohong dari bercakap benar...betol tak? hehe.. kalau boleh, selepas cakap bohong tu, pandai2 r betolkan statement.. perempuan ada keistimewaan taw sebenarnya.. manja2 sket dah boleh cairkan hati lelaki.. haha.. kalau dapat bf yang kuat cemburu, sarankan dia bersihkan hati.. dgn banyakkan ingat Allah.. sebabnya.. kalau seseorang tu kuat cemburu, hatinya akan sentiasa di hasut SYAITAN.. so.. korang yang ada bf macam ni cepat2 nasihatkan dia..

kalau gf kuat cemburu?? bagaimana??
kalau korang ad gf kuat cemburu, korang mesti bawa die berkenalan dengan kawan2 korang, dan bawa g event2 yang kawan2 korang anjurkan.. biar dia puas hati sket.. hehe.. korang jgn anggap gf ni menyemakkan hidup korang, sbb perempuan ni adalah hiasan dalam hati setiap lelaki..

so.. korang pikir2 pikirkan.. sebenarnya banyak lagi taw.. tapi kita akan sambung lagi pada post akan datang.. sekian..

Saturday, September 12, 2009

siapa lebih cerewet?

Dalam dunia ni.. mesti ada orang yang cerewet yang teramat kan? apa pendapat korang? lelaki lebih cerewet atau perempuan lebih cerewet? haha..

dari segi membeli belah, kalu ikut pengalaman, perempuan mesti cerewet yang teramat dalam soal memilih barang.. kadang2 bingit gak telinga. itu pasal kalau shopping sampai 3 4 jam membeli belah.. tapi beli barang 2 pasang baju je.. haha... pikir pikirkan

kalau memilih makanan pula.. bagaimana? kadang2.. benda ni lelaki yg cerewet.. sbb apa. lelaki memerlukan makanan yang berkhasiat untuk mencari nafkah.. so, lelaki perlu makanan yang berkaualiti agar sentiasa bertenaga..

soal hari raya ni.. kebiasaannya, perempuan yang banyak bercakap dan memberi pandangan. maklumlah nak jadikan umah mereka tempat yang best untuk beraya.. warna kain langsir r.. warna kain baju raya, jenis biskut raya.. hui.. bayk tol pikir.. itu la kadang2 kalau kita g rumah yang kita raya, bermacam2 kita leh dapat rasa kuih raya.. haha.. tp dalam soal bagi duit raya macm ne plak?? sape lebih cerewet?? haha..

Friday, September 11, 2009

Ditinggalkan cinta @ heart broken!


salam sejahtera semua! setelah menjual biskut raya yang mendapat untung walaupun sedikit, Alhamdulillah... membuatkan diriku rasa begitu best cari duit.. so, post kali ini adalah mengenai ditinggalkan cinta! adakah korang semua pernah mengalami kegagalan dalam bercinta? mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang tidak pernah.. betul tak?

saya yakin bahawa, cinta itu indah. dah sesiapa boleh memilikinya.. tetapi, di sebalik kebahagiaan mesti ada terselit kekecewaan atau kesedihan. saya juga mempunyai ramai kawan yang sedih sebab cinta, kerana, "ditinggalkan kekasih" (kene tinggal) so, saya juga terasa simpati kerana, kita hidup di dunia ini betol2 umpama roda.. sekejap di atas dan sekejap dibawah.. baka kata pepatah, masakan tidak berasa sedap dan enak jika tiada garam dan gula.. sama juga dalam kehidupan, tanpa merasa pahit dan manis dalam kehidupan, kehidupan x akan bermakna..

so, bila ditinggalkan kekasih, siapa yang harus dipersalahkan???

lelaki, atau perempuan?? yang ditinggal atau yang meninggalkan???

so banyak benda kita boleh persoalkan.. pesanan dari saya, harap semua yang merasa sedih sebab ditinggalkan itu, bersabarlah.. sesungguhnya, dugaan itu adalah penghapus dosa.. dan carilah kawan2 yang boleh membantu untuk sesi meluahkan kesedihan itu.. dan ingat! jangan buat benda yang tidak rasional seperti..... xnak bagitau.. sbb takut yang buat..

sekian terima kasih!

Monday, September 7, 2009

KUIH RAYA TEMPAH B4 25 JULAI 2013 CEPAT!

100 BIJI/RM45


TAT GULUNG

SAMPRIT
BISKUT SUJI
BISKUT NESTUM
BISKUT KRISTAL
BISKUT GAJUS
COKLAT MANIK
COKLAT CHIP
BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

BISKUT BADAM

BISKUT BADAM COKLAT
ALMOND LONDON

tempahan boleh di buat kepada yazidsalikan 0172294837
bayaran selepas hantar boleh juga
nyatakan tempat anda
boleh buat tempahan di "comment" juga..

Friday, September 4, 2009

..ayah oh ayah..



“Ayah, maafkan Udin. Andai Udin tahu hasrat ayah. Andai Udin tahu impian ayah. Andai Udin tahu rahsia hati ayah. Udin takkan bantah cakap ayah. Udin akan mengaji Quran sungguh-sungguh dengan Ustaz Naim. Udin akan tunaikan impian ayah kala ayah masih disisi,” sayu kedengaran suara Ustaz Saifuddin.

Jiwanya dibentur gundah. Dia baru usai menghadiahkan bacaan Yassin buat ayah. Ustaz Saifuddin mengusap-usap lembut batu nisan. Seakan-akan dia membelai kepala ayah. Raut wajahnya terpampang rasa terkilan.

“ Udin buka kelas Al-Quran untuk orang-orang tua sekarang. Udin mengajar sepenuh masa di situ. Ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik datang mengaji. Seronok Udin tengok semangat mereka. Bersungguh-sungguh benar mereka mahu belajar Al-Quran. Kalau ayah ada…,”

Udin tidak dapat meneruskan bicara. Kerongkongnya terasa perit. Air yang bertakung di tubir mata sudah lama berjujuhan.

“Ayah, semalam Udin mimpi. Udin lihat ayah dipakaikan mahkota yang sinarnya terang benderang. Lebih bercahaya dari sinar matahari. Wajah ayah berseri-seri. Ayah pandang Udin. Ayah senyum. Tak pernah Udin tengok ayah senyum semanis itu. Kalau boleh, waktu itu Udin tidak mahu celikkan mata. Biarlah Udin terus pejam dan menikmati senyuman ayah. Adakah ayah sudah ampunkan Udin? Ayah, Udin rindukan ayah,” Ustaz Saifuddin menyeka air mata yang kian tidak terbendung.


**********************************************

Wajah Udin berkerut menahan sakit. Rasa tidak puas hati menyembur-nyembur dari anak matanya. Dikerling betis yang kini berbalar. Kesan-kesan merah tampak jelas. Air mata ditahan. Tidak dibenarkan walaupun setitis gugur. Menangis ertinya lemah. Ayah tidak adil. Kenapa dia sahaja yang selalu kena marah. Kenapa dia sahaja yang selalu dirotan. Ayah memang tidak sayangkan dia. Ayah hanya sayangkan Kak Sarah.

Dia menjeling tajam ke arah Kak Sarah. Geram membuncah di hati melihat muka selamba Kak Sarah yang seolah-olah mengejek-ejeknya. Kak Sarah memang sengaja hendak kenakan dia. Kak Sarah memang gatal mulut. Kak Sarah tidak patut memaklumkan ayah tentang hal dia mandi di sungai hujung kampung sekaligus tidak menghadiri kelas agama. Kak Sarah memang menyibuk.

Muqaddam dan papan rehal di atas meja diregut kasar. Kakinya sengaja dihentak-hentak ketika berjalan. Berdetap-detup bunyi papan lantai dipijak.

“ Nanti!” Kak Sarah menahannya.

“Apa lagi!” sergah Udin. Mukanya merona merah.

“Tak mahu pakai kopiahkah?” Kak Sarah berlembut. Cuba menyiram api kemarahan adiknya.

Cepat-cepat Udin merabut kopiah lusuh di tangan Kak Sarah. Ternyata Kak Sarah gagal menyejukkan hati Udin. Udin lemas selalu dileteri ayah. Ayah selalu membanding-bandingkan dirinya dengan Kak Sarah. Ayah selalu memuji-muji Kak Sarah. Memang dia tidak nafikan Kak Sarah punya banyak kelebihan berbanding dirinya. Darjah tiga Kak Sarah sudah khatam Al-Quran. Setiap tahun Kak Sarah naik ke pentas menerima anugerah pelajar cemerlang.

Dengan keputusan yang memberangsangkan dalam UPSR Kak Sarah dapat melanjutkan pelajar di sebuah sekolah menengah sains. Memang Kak Sarah menjadi kebanggaan ayah dan emak. Sebaliknya, Udin masih membaca Muqaddam walaupun kini sudah berusia sepuluh tahun. Namanya kerap juga dipanggil waktu perhimpunan kerana tidak siap tugasan yang diberi oleh guru ataupun ponteng kelas.

Dia lebih suka menghabiskan sepanjang petang memancing ikan atau mandi sungai di hujung kampungnya daripada menghadiri kelas agama. Kadang-kadang dia berbasikal hingga ke kampung seberang semata-mata mahu bermain bola sepak. Pada malam hari, budak-budak lain terkocoh-kocoh pergi mengaji di rumah Ustaz Naim, Udin bersama-sama dua tiga rakannya yang lain seronok berlumba basikal di atas ban.

Ayah rungsing memikirkan tentang anak jantannya yang seorang ini. Degilnya bukan sedikit. Puas Udin dirotan dan dihukum oleh ayah. Pernah ayah mengikat Udin pada batang pokok rambutan di belakang rumah kerana ponteng kelas mengaji. Habis badan Udin merah-merah digigit kerengga. Pernah juga Udin dikurung di luar rumah kerana pulang dari bermain lewat petang. Namun, insafnya hanya bertahan beberapa hari sahaja. Kemudian Udin kembali dengan sikap bebalnya.

Lantaran itu, Udin acapkali dimarahi dan dileteri ayah. Tiada hari yang dilalui Udin tanpa bebelan dan jalur-jalur merah pada tubuh kecilnya. Mujur ada emak. Emaknyalah yang selalu mempertahankannya apabila dia dimarahi ayah. Ketika ayah mengangkat rotan, Udin cepat-cepat berlindung di belakang emaknya.

“ Esok kita akan bertolak selepas subuh. Pakaian dan barang-barang keperluan dah siap dikemas Udin?” suara garau ayah mengejutkan Udin. Lamunannya terganggu. Raut wajah ayu Fatimah, anak Haji Hussain yang bermain-main dalam anak matanya sebentar tadi pecah berkecai.

“ Sudah ayah,” Udin gugup. Matanya disapa sayu.

Esok Udin akan berpisah dengan Fatimah. Udin akan dihantar melanjutkan pelajar di sebuah pondok di Kelantan. Keputusan UPSR yang corot menyebabkan dia tidak berjaya menempatkan diri di mana-mana sekolah menengah berasrama penuh mahupun sekolah menengah sains. Ayah mengambil keputusan menghantar Udin mendalami ilmu agama. Itu memang impian ayahnya selama ini. Ayah tidak mahu Udin bergaul lagi dengan rakan-rakan yang biadap tingkahnya.

Pada mulanya Udin berasa tertekan amat. Udin terkongkong dengan pelbagai peraturan dan pantang larang sepanjang berada di pondok. Kebebasan bermain dan merayau-rayau bersama rakan-rakan yang pernah dinikmati suatu masa dulu tidak dapat dilaksanakan lagi kini. Setiap hari, Udin perlu menghadap Al-Quran. Bukan sekadar membaca, menghafal malah! Udin juga perlu mengulit pelbagai kitab-kitab tebal seperti Fathul Muin, Riyadhus Salihin dan Ihya Ulumuddin.

Segala kerja rumah harian seperti membasuh, melipat dan menyeterika baju terpaksa dilakukan sendiri. Udin agak ketinggalan berbanding sahabat-sahabat lain kerana Udin masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran. Lantaran itu, dia tidak dapat menghantar banyak hafalan baru sewaktu tasmi dengan ustaz. Penguasaan bahasa arabnya juga lemah.

Pernah disuarakan pada ayahnya untuk berhenti belajar di pondok dan menyambung saja pengajian di sekolah menengah biasa. Namun ayah tidak ambil pusing. Mahu tidak mahu, Udin cuba menyesuaikan diri. Dia cium tangan, pipi dan dahi panas ayah seperti biasa pagi Jumaat itu sebelum bertolak pulang ke pondok selepas menghabiskan cuti beberapa hari di rumah.

Ketika usai solat asar petang hari yang sama, mudir madrasah, Ustaz Syukri tergesa-gesa berjumpanya. Dia terjelepuk longlai mendengar berita pemergian ayah. Petang itu juga dia pulang semula ke kampung halamannya. Bagai mimpi. Sabtu keesokan hari Udin mencium pipi dan dahi sejuk ayah yang tidak lagi bernyawa.

Kata emak ayah meninggal ketika menanti waktu asar menjelang. Tiba-tiba sahaja jantungnya gagal berfungsi.Wajahnya masih dibasahi titisan air wudhuk kala malaikat maut bertandang. Udin harapan ayah. Udin sandaran ayah. Suatu hari nanti, apabila Udin sudah pandai mengaji dan mahir ilmu Al-Quran ,ayah mahu belajar dengan Udin. Ayah tidak tahu baca Quran. Ibu hendak ajarkan dia tidak mahu. Ayah hendak Udin yang ajarkan dia.

Setiap hari dia panjatkan doa agar Allah lembutkan hati Udin dan mudahkan Udin belajar Quran. Ayah malu untuk berguru dengan Ustaz Naim. Katanya sudah senja sangat untuk berguru lagi. Bicara ibu beberapa hari selepas ayah dikebumikan bersimpongang di indera dengar Udin. Tiada air mata yang tumpah kala itu. Bukan Udin tidak sedih. Bukan Udin tidak tersentuh. Cuma segala-galanya berlaku tanpa diduga.

“Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran,tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya yakni dia belum lancar, dia akan mendapat dua pahala. Hadis ini diriwayat oleh Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hujjaj bin Muslim Al-Qusyaiy An-Nisabury dalam dua kitab Shahih mereka,” Ustaz Syukri menyejukkan hati Udin tika Udin mengadu kesukarannya membaca Al-Quran apatah lagi menghafalnya.

“ Ustaz, bagaimana mungkin saya lakukan untuk membantu ayah yang tidak mengenal huruf-huruf Quran jauh sekali membacanya?” udin melontar pertanyaan yang terbuku dalam hatinya. Ustaz Syukri mengelus-elus janggutnya yang kian memutih. Air mukanya tenang. Hati pasti akan damai memandang kejernihan wajahnya.

“ Udin ajarlah ayah. Di sini Udin belajar sungguh-sungguh ilmu Quran. Kemudian bila pulang ke kampung Udin kenalkan ayah dengan Kalamullah ini. Ingat, sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Orang tua ini selalunya ego. Dia segan nak pergi belajar dengan orang lain. Tentu dia malu. Mungkin dia akan lebih selesa jika yang mengajarnya itu darah dagingnya sendiri,” Ustaz Syukri menepuk-nepuk lembut belakang badan Udin.

“Tapi ayah Udin sudah tiada lagi...”Udin bersuara. Perlahan.Dia menekur hamparan hijau yangdijadikan alas duduk. Angin yang menyembung dari ruang tingkap bertiup kasar menampar-nampar tubuh Udin. Angin seperti mengutuk Udin kerana dosa-dosa lampau pada ayah. Sedih mengasak-ngasak sukma.

“Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini,” Ustaz Syukri memetik kembali hadis riwayat Abu Dawud yang pernah dibaca sewaktu dalam kelas Al-Quran.

Ketika itu mereka sedang menekuni kitab At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran karangan Imam Nawawi. Udin tertegun. Udin menyeka air matanya. Wajah Ustaz Syukri direnung. Ada semangat menyelinap dalam lipatan hatinya. Biar dia masih bertatih membaca Kalam Allah. Biar dia tidak hebat seperti Kak Sarah dalam pelajaran. Biar sahabat-sahabat jauh meninggalkannya di belakang. Dia tidak akan putus asa.Dia akan mendalami bersungguh-sunggguh ilmu Quran dan mengamalkannya.

Dia mahu hadiahkan ayah mahkota itu. Dia mahu ayah miliki mahkota itu dan menghuni syurga Ilahi walau ayah tidak pernah menyelak lembaran Quran apatah lagi membacanya. Angin kembali berpuput mesra. Seolah-olah memujuk udin. Seolah-olah merestui impiannya.

KREDIT: WWW.ILUVISLAM.COM
http://hatiperantau.files.wordpress.com/2009/07/ayah-dan-anak.jpg?w=447&h=450