Tuesday, November 24, 2009

barang original VS barang uptown

hye! sudah lama tak update. hope pasni dapat post banyak2.. maafkan aku wahai follower ku dan peminat setia blog ku.. huhuhu.. dan pada kali ini, kita akan bincangkan mengenai barang ori dan barang uptown. pada pendapat korang la, korang lebih kepada yang ori atau yang local?? pada pendapat saya, original tu disinonimkan dengan mahal gile. dan yang local tu disinonimkan dengan murah nak mampus.. haha.. sebenarnya, ap perbezaan kalau kita guna barang original atau barang local??? kalau nak dilihat dengan mata kasar, agak susah sikit nak nampak perbezaan. dari jauh, nampak macam sama je.. bile dah dekat, dan dah merasai fabrik nye, baru kita mengetahui yang ori tu mmg betol2 selesa kainnya.. tapi bagi sesetengah pihak yang tak kesah, (mungkin termasuk aku) tak kesah pon nak rasa ok ke tidak, yang penting nampak cantik.. terutamanya jersey2 bola sepak terutamanya MAN U.. haha.. kalau kasut plak, daripada beli yang mahal-mahal rm200~rm500 (nike, adidas wat so ever) kasut tu lama2 pon rosak gak.. kalau kat uptown tu, cantik gak sekitar rm50~rm70. itu mungkin mereka yang tak kesah untuk beli yang local..
Jika aku di pihak yang beli original produk, mungkin aku katakan bahawa, original produk punya aura akan kita rasa jika kita memakainya.. selain itu, si pemakai ori mungkin akan nampak lebih yakin dan bangga mempunyai barang yang ori..lagi2 jika orang bertanya "baju ko, ko beli kat ne? ori ke?" confirm rasa bangga punya.. bagi aku, kalau kita mampu, tak salah kalau kita memiliki barang2 yang ori.. mungkin ori yang berharga sekitar beratus boleh dimiliki jika kita punyai income yang beribu2... atau jika kita ada kemahuan, mungkinleh gak dapatkan yang ori.. macam "levis, Lee" dan sebagainya..
Sebenarnya, tak salah kalau kita nak memiliki barang ori atau uptown.. betol tak? kita punya duit, kita punye suka la nak beli apa... asalkan kita bahagia.. tapi, hendaklah diingat bahawa, disamping berbelanja, mestilah menabung.. jangan membazir.. bagi mak sikit ke.. bagi aku sikit ke.. eh2.. sory2.. walau apa pun, sentiasalah mengingati masa susah nanti.. kalau takda duit, susah gak kan.. salam

ikhlas

yazidsalikan
blog comments powered by Disqus