Wednesday, January 6, 2010

apakah yang ada dalam politik? adakah ia untuk kepentingan peribadi atau orang ramai?

salam ukhwah! perbincangan diteruskan dengan subjek yang mungkin agak matang iaitu berkenaan dengan politik. pendapat ini adalah pendapat peribadi yang tidak berkaitan dengan parti2 yang ada di negara ini. apakah yang dimaksudkan dengan politik? dan apakah tujuan perlaksanaan politik tersebut? bagi pendapat peribadi, politik adalah sangat penting bagi mewujudkan sistem yang tersusun disamping dapat mewujudkan suasana tenteram tanpa huru hara. politik sangat patut diberikan fokus sepenuhnya agar sesebuah tempat itu tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Pemimpin yang telah dilantik seharusnya menjaga politik diwilayah mereka. Hendaklah diamalkan sistem demokrasi dan tiada sistem menindas. ada sesetengah pihak apabila mereka yang punyai kuasa, menggunakan kuasa mereka untuk kepentingan peribadi dan bukan untuk orang ramai.. hal ini patut dielakkan kerana ia adalah melanggar dan menggunakan hak orang lain.

Pemimpin di mana2 sahaja hendaklah duduk semeja dan berbincang untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat, jangan hanya menjaga status sahaja tetapi rakyat diabaikan.. pemimpin di zaman sekarang dan akan datang harus mencontohi kepimpinan khalifah di zaman RAsulullah yang sentiasa mengutamakan rakyat dan sanggup berlapar demi rakyat.. hal ini dapat membuatkan orang ramai sentiasa menghormati pemimpin sampai bila-bila..

semoga, perbincangan kali ini boleh diperbincangkan di masa akan datang..