Posts

Showing posts with the label tazkirah

..ayah oh ayah..

Image
“Ayah, maafkan Udin. Andai Udin tahu hasrat ayah. Andai Udin tahu impian ayah. Andai Udin tahu rahsia hati ayah. Udin takkan bantah cakap ayah. Udin akan mengaji Quran sungguh-sungguh dengan Ustaz Naim. Udin akan tunaikan impian ayah kala ayah masih disisi,” sayu kedengaran suara Ustaz Saifuddin. Jiwanya dibentur gundah. Dia baru usai menghadiahkan bacaan Yassin buat ayah. Ustaz Saifuddin mengusap-usap lembut batu nisan. Seakan-akan dia membelai kepala ayah. Raut wajahnya terpampang rasa terkilan. “ Udin buka kelas Al-Quran untuk orang-orang tua sekarang. Udin mengajar sepenuh masa di situ. Ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik datang mengaji. Seronok Udin tengok semangat mereka. Bersungguh-sungguh benar mereka mahu belajar Al-Quran. Kalau ayah ada…,” Udin tidak dapat meneruskan bicara. Kerongkongnya terasa perit. Air yang bertakung di tubir mata sudah lama berjujuhan. “Ayah, semalam Udin mimpi. Udin lihat ayah dipakaikan mahkota yang sinarnya terang benderang. Lebih bercahaya dari sin...

Ramadhan oh Ramadhan

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Segala lafaz pujian bagi Allah, Tuhan yang Menguasai sekalian alam. Maha suci Allah, Tuhan Pemilik ‘Arasy yang agung. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia makhluk, Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam, juga kepada ahli keluarga baginda yang mulia serta para sahabat baginda yang terpuji. Ayuh, marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu wa ta’ala kerana dengan keizinan-Nya kita masih lagi diberikan kesempatan untuk melalui madrasah hebat bulan Ramadhan yang mulia ini. Jika Allah Subhanahu wa ta’ala menghendaki untuk kita tidak lagi berkemampuan untuk memanfaatkan bulan Ramadhan ini, sudah tentu hal itu cukup mudah. Boleh sahaja kita diberikan kesakitan yang dahsyat yang dengan sebabnya kita tidak mampu berpuasa. Atau, mungkin sahaja kita ditimpakan kemalangan sehingga kita tidak lagi mampu berdiri untuk solat tarawih serta solat-solat sunat yang lain. Hampir setiap hari kita boleh membaca di dal...

Keselamatan H1N1

1.Amalan adab batuk yang baik • Pesakit mesti amalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol. Buang semua tisu yang digunakan ke dalam tong sampah. 2. Jaga kebersihan diri Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut: • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau air atau baham cuci tangan berasaskan alkohol. • Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga. • Cuci peralatan yang biasa digunakan dan permukaan-permukaan yang kerap disentuh dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa terdapat di rumah. 3. Jangan kongsi peralatan peribadi • Jangan berkongsi peralatan peribadi.Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air. 4.Menjarakan diri (social distancing) • Pesakit dinasihatkan supaya...

Munajat

Image
Ya Allah.. ampunkan dosaku... setiap apa yang ku lakukan kadangkala tanpa sedar aku membuat apa yang Engkau larang.. wahai rakan-rakanku, bermunajatlah kamu kepada Allah.. di kala waktu sepertiga malam... dekatkanlah hati kita padanya.. tanah sentiasa menanti kita.. adakah kita sudah cukup amalan.. sempena kehadiran bulan ramadhan ini, hendaklah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah.. menggunakan sepenuhnya masa untuk membaca al-quran.. dan perkara2 yang dituntut... semoga kita sentiasa di bawah jagaanNya dari seksa api neraka..amin..

Kehilangan Artis Tempatan

Image
innalillahiwainnailaihirojiun... sekarang banyak artis2 tempatan telah banyak meninggalkan kita.. baru2 ini, kehilangan artis solo kumpulan nasyid Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri, mendiang param, Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Allahyarham loloq dan ramai lagi. Kehilangan artis dari dunia tempatan membuatkan peminat2 berasa sedih. kehilangan mereka juga kadangkala membuatkan kita terasa yang ajal akan datang bila2.. oleh itu, kita hendaklah bersedia dalam apa jua keadaan terutamanya dalam hal menambahkan pahala dan mengurangkan dosa.. sesungguhnya setiap yang bernyawa akan merasai kematian.. oleh itu, mari sama2 kita menyedekahkan alfatihah kepada mereka yang tiada lagi di muka bumi ini.. Alfatihah...

seks = cinta?

Image
adakah seks sama dengan cinta? kebiasaannya mereka yang mahukan cinta adalah kerana seks.. adakah pernyataan ini betul? cinta adalah perasaan ikhlas seorang yang menyayangi kekasihnya. cinta tidak boleh dijual. dan cinta tidak boleh dibeli. pernyataan ini adalah benar kerana, jika cinta mudah dibeli dengan mata wang contohnya, maka cinta itu adalah akan bertahan jika ada mata wang sahaja. jika tiada mata wang, maka hilanglah cinta. cinta yang diluahkan hendaklah di uruskan dengan berhati, maksud saya, kita hendaklah melihat kepada 4 perkara sebelum menyintai seseorang 1. kecantikan 2. keturunan 3. harta 4. agama sebenarnya apa yang lebih penting antara keempat empat pernyataan tersebut? kecantikan? keturunan? harta? agama? jika kita lihat pada kecantikan, sebenarnya ia adalah penting yang. tetapi jika kita hanya fokus cinta = kecantin, maka cinta akan hilang bila kecantikan hilang iaitu setelah lanjut usia. keturunan; jika keturunan menjadi kayu ukur untuk bercinta, ia adalah penting ...

semalam, hari ini, esok...

adakah anda sentiasa melihat kepada perubahan? anjakan paradigma? dan revolusi yang berlaku kepada diri sendiri? adakah anda sentiasa memikirkan setiap perlakuan yang anda lakukan sebenarnya dinilai oleh makhluk yang berada di kanan dan kiri anda? dan adakah anda sentiasa buat-buat tidak tahu apa tentang kelakuan anda yang mungkin membawa anda ke pintu neraka pada hari kiamat nanti? banyak sangat yang perlu kita fikirkan.. Allah telah memberikan kita akal untuk berfikir dan kita harus mensyukurinya... bagaimana?? laksanakan setiap yang disuruh oleh Nya dan jauhi apa yang dilarang olehNya.. Semalam... aku membuat perkara yang baik Hari ini... Aku melaksanakan perkara yang lebih baik! Esok... Aku akan pastikan yang aku akan lakukan perkara yang berganda2 baik! berazamlah menambah pahala dan mengurangkan dosa.. semoga hidup kita di dunia ini membuatkan kita berasa aman di akhirat kelak.. akhir kata.. hendaklah kita menjadi manusia yang sentiasa mendekatkan hatinya kepada Allah.. amin.. ya...

Cinta Dan Rindu??? Persoalannya pada siapa??

Image
Berbicara tentang rindu dan cinta, tidak dapat lari daripada soal hati dan rasa. Ya, rindu dan cinta letaknya di hati - raja dalam kerajaan diri manusia. Sabda Rasulullah saw: "Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati." Riwayat Al-Bukhari Ini bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang ‘baik'. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat' maka jahatlah hati . Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, "berhati-hatilah menjaga hati." Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah... akibatnya terlalu buruk. Umpama menyerahkan kepimpinan negara kepada seorang yang jahat. Kita tentu tahu apa akibatnya bukan? Pemimpin yang jahat akan melakukan kemungkaran, penzaliman, rasuah dan...