wang hantaran: adakah ia perlu tinggi?


perkahwinan merupakan salah satu perkara yang penting dalam kehidupan.. percintaan yang disalurkan dengan cara perkahwinan boleh mengelakkan perkara negetif seperti penghasilan anak luar nikah, mengakibatkan perhubungan antara manusia runtuh akibat saluran cinta yang tidak betul.. sebelum meneruskan upacara perkahwinan, mereka perlu melalui stage seperti merisik, meminang dan seterusnya bernikah. maka sah lah perhubungan mereka dan jadilah mereka pasangan yang diredhai..


dalam isu perkahwinan, perkara yang paling utama dibincangkan adalah perbelanjaan dari segi makanan, pakaian pengantin dan sebagainya.. selain itu ialah MASKAHWIN dan WANG HANTARAN.


so, apa yang kita akan bincang pada entry kali ini adalah, bagaimana wang hantaran itu boleh capai sehingga rm 10K hingga 100K atau lebih??


apa agaknya pendapat kamu di luar sana? adakah ia bergantung pada tahap "kecantikan" atau "status" atau "pangkat" atau "kesudian"??. jika kita lihat, biasanya, perkara wang hantaran ni banyak menyakitkan kepala lelaki.. so, jika ada wanita atau gadis2 yang baca entry ini (lelaki pon boleh gak) apa pendapat korang? perlu kah wang hantaran begitu tinggi. ada gak bagi wang hantaran tinggi2.. tapi bahagia nya tak.. ada gak yang bahagia..


oleh itu, apa yang patut?


ikhlas


yazidsalikan

Comments

  1. rasanya kalau kita dah cinta, kita x kisah pun berapa hantarannya..kecualilah kita mata duitan.

    ReplyDelete
  2. betol agaknye.. bagaimana dengan mak ayah anak dara tu?

    ReplyDelete
  3. kalau mak ayah seikhlas anaknya, untunglah lelaki tu.

    ReplyDelete
  4. nape la malas na kawen? hee.. jgn pikir bukan2.. berahwin tu sunnah nabi.. bagus ap bagi hantaran tinggi2.. hehe...

    tokder: bagus la kalu mak ayah mcm tu.. eheh... carikan satu untuk aku.. ui!

    ReplyDelete
  5. hantaran tinggi?


    mmmmmm .... kalau dah hati cintan xder maksalah mende hantaran ni!! tinggi ker rendah. Tapi biasanya kan ader dilema ngan bakal mentua jerr arr ... hohohoohohoho

    ReplyDelete
  6. aaa.. btol2.. aku pahm ap yg ko ckap frodo.. but ni mesti terpengaruh dgn citer mertuaku (p. ramlee kn? hehehe

    ReplyDelete
  7. herm xperlu kowt. janji bahagia sudah. hehe

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Bagi pndapat akak, jika fmily perempuan mampu untuk mengadakan majlis kenduri dengan duit sendiri, tidak perlulah diletakkan hantaran terlalu tinggi... Tapi masyarakat sekarang terlalu menunjuk2..atau terlalu mengikut trend terkini..

    Biasanya wang hantaran tu digunakan untuk belanja kenduri majlis perkahwinan.. jadi, sekiranya besar majlis tersebut maka terpaksalah diletakkan hantaran tu tinggi sedikit...

    ReplyDelete
  9. tengok jugak kot keadaan..
    tp jgn smpai membebankan..
    hoho~

    ReplyDelete
  10. salam yazid...

    hantaran tinggi ye? pada aku, soal hantaran ni x perlu ada istilah tinggi atau rendah. ia bergantung kpd empunya diri. kalau da pendapatan sebulan mencecah RM50,000++ or RM100,000++, hantaran yang bernilai RM30,000 pada aku, sepadan dengan hidup dia. pd dia, nilai tu x seberapa. sesuatu nilai hantaran tu dikatakn tinggi kalau pendapatan sebulan RM2,500 tp hantaran mencecah sampai RM20,000. itu baru tinggi. in the end, persoalan hantaran yg tinggi hanya akan timbul kalau ia membebankan sebelah atau kedua2 belah pihak.

    ps: shu kim salam kt ko. :)

    syaee

    ReplyDelete
  11. cybernetic88: haha.. aku sokong ko.. hehehe..

    kak nida:macam tu kek kak nida... betol ga ek.. ia bergantung pada apa yng dibelanjakan..makin byk belanja, makin tinggi r wang hantaran...

    mek mizah: susah gak kalu gaji rm 1500, wang hantaran nak 20, 000


    syaee: bagus! hebat pendapat ko syaee.. so.. syaee nak bape wang hantaran??

    shu:waalaikumussalam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

..Raja Munirah & Umi Azlin..

Belajar Masak Sphagetti dari myresipi.com