Tuesday, October 27, 2009

kalau suka pada seseorang, kene buat ap?


kalau dah suka kat seseorang apa yang perlu dibuat? duduk diam? mintak orang lain usyarkan? lantik posmen? atau syok sendiri? ini je ramalan yang aku dapat buat. kawan-kawanku dapat buat apa? ada cadangan?

alhamdulillah jika hati dah suka kat someone, cepat2 la ikat untuk menjadi pasangan yang sah.. bagi pendapat aku sebagai manusia yang mungkin ikut pengalaman dalam hidupnya.. jika kita dah minat pada someone, ikuti langkah2 atau cara - cara yang sesuai yang aku nytakan:..

pertama;mungkin di mulakan dengan gamblenya dekati insan tersebut dan berbual dengannya. mungkin cara ini sangat "berserah pada takdir", tapi bagi aku, cara ini mungkin boleh buktikan pada dia, yang kita ini "berani" atau "jujur" untuk mendekati dengan cara tersendiri. dekati dia dengan berkenalan, ambil tahu latar belakang dia, dan sebagainya.

kedua; mungkin boleh dekati dia dengan join aktiviti yang dia turut serta. atau ambil kelas yang sama dengan dia. mungkin dengan cara ni, boleh dekati dia dengan perlahan-lahan. cara ini boleh berkesan juga..

ketiga; ambil emel dia untuk tahu die punye FACEBOOK, atau TAGGED, atau YM atau MYSPACE.. KALAU nak ambil NO HP, sila ada sebab (mungkin nak antar buku yang kita pinjam dari dia, atau lain2) hal ini bagi membolehkan kita berkenalan dengan cara yang dia selesa.

keempat; jika ada no tepon dia, pastikan msg benda2 yang bagus,nasihat, atau yang baik2, elakkan dari telefon die selalu, mungkin merimaskan die..telefon kadang2... insyaallah..dapatlah lagi eratkan silaturrahim

kelima; berbaik dengan rakannya. elakkan ada konflik dengan rakan-rakan terdekatnya. mungkin kawannya itu boleh menolong kita dalam mendekatkan diri kepadanya. jika, ad konflik, cepat2 baiki situasi.

keenam; kalau dah berkenan sangat, dan dah ada kewangan dan pegangan agama yang kukuh, tak perlu tunggu lama-lama. kenapa perlu tunggu mewujudkan perhubungan yang sah?? pergi jumpa mak ayah dia, terus nyatakan tujuan. kan senang.. lagi gamble.. hehe..

walau apa pun, buatlah yang terbaik dalam kehidupan. perlu diketahui, sebenarnya, jodoh pertemuan kita, Allah telah tentukan. dalam al-quran pun ada nyatakan yang lelaki baik adalah untuk perempuan yang baik. kita sama2 berdoa agar sentiasa mendapat jodoh yang sentiasa memahami kita. amin~~~

ikhlas

yazidsalikan
blog comments powered by Disqus