Saturday, November 7, 2009

duit..duit..duit.. perempuan dan lelaki, siapa yang lebih menghargai duit dan membazir duit??


duit, duit, duit, kadang kala kita fikir dan terus berfikir.. kenapa duit boleh habis dalam sekelip mata? kemana hilangnya duit itu? beli apa? belanja apa? berbaloi ke? banyak juga persoalan kemana hilangnya duit yang kita perolehi..

antara lelaki dan perempuan, siapa yang agak membazir?

siapa yang lebih membazir.. berdasarkan pengalaman, kalau perempuan, banyak barang nak dibeli. yang tak boleh dielakkan adalah, mesti setiap bulan, 1 pakaian, 1 kasut, itu adalah WAJIB! so, bagi pihak lelaki, setuju tak pernyataan tersebut??hahaha.. maaf le kat kaum hawa..

kadang-kadang, mereka sanggup tak makan dan menahan lapar ( konon-konon diet) tapi sebenarnya nak beli barang2 yang menjadi kewajipan untuk mereka beli dan tontonkan kepada kawan-kawan...

kalau di pihak lelaki, agak2 mereka ni membazir tak? ikutkan pengalaman juga.. lelaki ni kebanyakannya tak gemar nak membeli belah. tapi mereka ni suka membelanjakan duit mereka untuk makan.. apa yang penting, perut tak kosong. tapi survey yang dibuat daripada pihak perempuan, kaum adam ni tak boleh nampak duit lebih sket, mesti nak beli sport rim (yang ada kereta la), beli gadget2 seperti mp3, i-pod, e-mind.. beli handphone dan banyak lagi.. so, kedua-dua jantina ini ada sikap tersendiri untuk membelanjakan wang sehingga tiada wang..

pada pendapat saya yang lain pula, sebenarnya jantina adalah sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan pembaziran. ini kerana, ia adalah berkaitan dengan cara hidup masing-masing. jika dilihat dan di kaji, pembaziran biasanya dilakukan oleh mereka yang mempunyai cara hidup yang agak bergaya dan stailo. yela kan? sebab kalau dah stailo,mestilah, rambut, muka, gaya bentuk badan kene jaga, pakaian..nak jaga dengan apa? mestilah dengan duit, betol x? haha..statement yang menyentuh pihak yang stailo..maaf la.. tapi itulah hakikatnya.. nak jaga rambut, mesti nak beli shampoo, conditioner, gel, spray pengeras rambut.. wah.... kalau muka, nak kene ada cleanser, toner, make up remover, byk ag..

akhir kata dan pesanan saya, gunalah wang sebaiknya.. walaupun pendapat mengatakan wang tak boleh di bawak kemati, tapi banyak-banyakanlah bersedekah dan membuat amal jariah...itu yang bawak ke mati..

p/s: statemen ini tak dikaitkan dengan mana-mana pihak.. kalau terasa.. sory taw.. 0-0.. haha
blog comments powered by Disqus