salam alaikum dan salam sejatera semua! apakah perkara yang penting dalam memulakan perubungan lebih-lebih lagi dalam perhubungan percintaan? adakah kita hanya redha sahaja apa yang berlaku sebelum merancang? mari kita bincangkan.
dalam setiap perhubungan hendaklah dimulakan dengan membuat fikiran kita sentiasa mengarapkan yang positif dalam perhubungan. mindset awal sangat penting dalam mewujudkan hubungan yang sentiasa aman. mindset yang positif akan melahirkan suasana yang positif.
kedua, sentiasa bersedia dengan hari mendatang sama ada baik atau sebaliknya. setiap misunderstanding mesti diatasi dengan bermesyuarat dan tidak bergaduh. hal ini kadang-kadang boleh menjurus ke arah yang tidak sihat seperti berpisah, bunuh dan sebagainya. seharusnya, masing-masing perlu bertolak ansur. kita mahu kedamaian awal dan akhir, sebelum dan selepas.
ketiga, sentiasa mengharap pada Allah agar sentiasa memberikan perkara yang baik dan dijauhkan perara yang buruk. dijauhkan zina dan disematkan rasa bertanggungjawab dan saling memerlukan antara pasangan. dijadikan manusia dan makhluk dimuka bumi itu adalah berpasangan..dan jangan dekati zina. dijauhkan dari melahirkan anak luar nikah dan perkara-perkara sepatutnya.
keempat, perempuan jangan terlalu emo dan lelaki jangan terlalu ego. walau kita punya emo dan ego, kita mesti kawal ia agar tidak keterlaluan. hal ini dapat menjaga hati kedua belah pihak. setiap perhubungan yang boleh mengawal ego dan emo masing-masing, melahirkan perhubungan yang cemerlang.
kelima, setkan sikap redha pada setiap ketentuan setelah berusaha dalam memelihara perhubungan. mungkin akan berlaku perpisahan pada akhir cerita, atau ada yang meninggal atau lain2. redha pada setiap ketentuan ilahi dapat menghindarkan kita dari bersedih dan kecewa yang teramat.
sekian
ikhlas
yazidsalikan
Friday, October 23, 2009
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)